Khamis, 4 Jun 2009

SAYANG TAK TERUCAP Oleh: Mak Ngah Weston


Aku segera balik Kampung bila kuterima berita buruk daripada Ucu, sudah agak lama juga ku tak balik Kampung. Bukan kerana aku malas atau banyak kerja tapi kerana aku dah tak ada sesiapa di sana. Mak dan Ayah dah tak ada. Adik beradik semua ikut keluarga masing-masing,. Masnah di Johor, Anang di Berunai Sumpit di Tawau. Mereka semua dah berkeluarga hanya yang ada Ucu saja adik Ayah, aku lebih suka menghubungi Ucu melalui telefon, kadang-kadang Ucu marah juga tapi bila ku alasankan sibuk Ucu tak dapat nak komen. Aku masih lagi sendiri tak ada sesiapa yang menamani hati ini. Aku sendiri tak tahu mengapa. Mungkin aku terlalu memilih atau tak pandai bergaul. Aku memandu dengan penuh cermat bukan apa aku masih nak hidup lagi. Tapi kalau berlaku perkara yang tidak diingini apa nak buat dah takdir tapi sekurang-kurangnya aku dah berhati-hati. Qada dan qadar siapa yang berani elak namun aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa selamat.

Aku sampai dirumah Ucu dengan selamat, alhamdulilah aku bersyukur atas keizinannya aku ada disini. Sunyi sepi saja rumah Ucu, tak ada orang mungkin Ucu dah kesana. Aku terus ke rumah Arwah Nenek Ca yang subuh tadi meninggal dunia, aku memang dekat denagn Nenek Ca sebab itu Ucu beritahu aku akan kepergiannya, dah ramai orang datang. Aku mencari Ucu dia sibuk rupanya. Aku malas nak ganggu Ucu teruslah aku naik kedalam rumah.

Aku melihat anak menantu dan cucu Nenek Ca menangis. Semua sedih dengan kepergian Nenek Ca. Semua dah ada hanya seorang yang belum ada. Fikri dimana kah dia. Mana anak isterinya. Aku duduk diam dan mataku mencari dimana-mana. Jantungku tiba-tiba berdebar-debar bila ku lihat Fikri keluar daripada bilik bertambah kacak dia sekarang. Lapan belas tahun aku tak jumpa dia. Barang kali tak kenal aku sudah. Dia tak nampak aku yang duduk dicelah-celah orang Kampung. Aku buat tak tahu aje. Tapi hatiku ingin bertanya khabrnya, tapi aku malu, Bila pandangan kami bertemu dia senyum lebar aku hanya senyum sedikit saja. Bukan sombong tapi rasa tak layak bertegur sapa dengannya.

Menangis konon dulu masa Nenek Ca ada seorangpun tak mahu jaga dia, harapkan Mak Kiah umpatku kepada anak-anak Nenek Ca. Fikri salah seorang cucu Nenek Ca yang amat dikasihi Nenek Ca. Dulu aku satu sekolah dengan dia. Nenek Ca yang selalu gandingkan kami. Dia akan marah dan aku dikata mengada-ngada. Dia kutuk dan hina aku, sedihnya aku namun ku telan juga kutukan dan hinaannya itu kerana aku tak mampu nak membalasnya. Tak cukup itu dia selalu kenakan aku, macam-macam dia buat sampai aku menangis dikerjakannya.

Kebencian padanya waktu itu memang susah nak dipadam. Namun aku setiasa bersabar hinggalah dia pindah ikut Mak Bapanya barulah duniaku aman damai daripada mendengar caci maki dan segala-galanya yang menyakiti ku. Tapi saat ini masihkah aku membencinya? Tidak aku bukan jenis pendendam malah aku tak dapat membohongi hatiku yang aku gembira menemuinya.

Selasai pengembumian Nenek Ca aku balik ke rumah Ucu. Berehat sekejap melepaskan lelah kerana berjalan jauh, selepas makan aku menunggu Ucu, sebenarnya aku tak tahan tinggal lama di Kampung ku ini, macam-macam kenangan ku dengan Mak dan Ayah kembali dalam ingatanku membuat hatiku rasa sedih. Aku jadi resah bila Ucu tak benarkan aku balik katanya esok saja. Tapi aku beralasan banyak kerja nak dibuat dan Ucu tak juga benarkan aku balik kerana aku balik bersendirian. Aku terus memaksa dan akhirnya dilepaskannya juga aku dengan hatinya yang berat. Aku tahu dia bimbangkan aku kerana balik sendirian.

Sampai saja di rumah terus saja ku hubungi Ucu. Dia gembira aku dah sampai. Aku baru nak mandi bila Handfonku berdering. Aku hairan Nombornya tak ku kenali. Ah! Mungkin juga Isah dia selalu tukar nombor kata hatiku.

“Hello”kataku penuh hati-hati, aku takut orang gila yang suka cakap tak senonoh.

“Hello… awak dah sampai rumah?”pertanyaan itu buat aku bingung. Aku terdiam buat seketika cuba mengecam suara leleki tersebut.

“Kenapa diam, saya tanya awak dah sampai rumah ke?”tanyanya lagi. Buat aku hairan tentu salah No ni.

“Awak silap ni, salah orang, saya tak kenal awak”kataku dengan penuh tanda tanya. Hatiku berdebar-debar, sebab aku dah terbayang Fikri.

“Tidak... aku kenal dengan siapa aku bercakap, baru tadi aku jumpa awak, balik saja awak dah tak ada”terangnya dan aku yakin aku bercakap dengan Fikri.

“Jumpa saya? awak ni siapa?”kataku pura-pura tak tahu.

“Fikri takkan Diah tak kenal, kenapa cepat sangat balik, belumpun sempat bersimbang, Diah masih bencikan Fikri ke?”tanyanya buat aku tak tahu nak jawab.

“Diah tak pernah benci orang biar pun Diah kena kutuk dan kena hina”kataku buat dia ketawa. Macam orang tak bersalah. Geramnya aku dibuatnya tapi aku tak mampu nak marah dia.

“Kenapa tak tunggu sampai tahlil, Diah tak sayang Nenek Ca ke?”tanyanya buat aku sakit hati. Pandai-pandai nak cakap kita. Macam dia tu sayangkan Nenek kata hatiku.

“Nenek Ca dah tak ada, buat apa nak duduk lama di Kg, Nenak Ca lebih tahu siapa yang sebenar-benarnya sayangkan dirinya”balasku buat dia terdiam.

“Fikri tahu Diah sendir Fikr kan, Fikri memang cucu tak guna, tapi sekurang-kurangnya aku hormati pemergiannya ”katanya membela dirinya. Aku senyum sudah mati baru nak hormat. Tapu bagus juga tu daripada tak ada langsung.

“Kenapa call ni rasanya aku tak berhutang dengan Fikri”kataku kasar rasa tak senang berbual dengannya.

“Memang Diah tak berhutang dengan Fikri tapi Fikri yang berhutang dengan Diah”katanya buat aku bingung.

“Dahlah… jangan nak mengarut kau tak pernah berhutang denganku, lagi pula aku malas nak ingat cerita-cereita lama, aku dah lupakan segalanya bagi ku semua itu adalah perencah hidup, Maaf Fikir aku letih nak rehat…”aku nak off tapi tak jadi bila dia terjerit supaya aku tak off.

“Apa lagi?”marahku

“Diah aku nak jumpa Diah esok… tolong jangan tolak permintaanku Diah, Fikri perlu jumpa Diah, amat penting… Diah”kata Fikri

“Jumpa aku buat apa? jangan buat hal Fikri aku tak mahu anak dan isterimu tuduh aku macam-macam”rasa tak selesa cakap dengan suami orang.

“Daripada sumber mana kau tahu yang aku sudah beristeri dan beranak, kau selalu intip aku ya”Fikri ketawa dan aku jadi sakit hati, dah kahwin tu buatlah cara orang dah kahwin, jangan nak berlagak bujang pula kutuk ku dalam hati.

“Takkanlah orang yang ada kedudukan, ada harta, ada rupa tak kahwin-kahwin lagi, lainlah macam aku ni kau sendiri pernah cakap aku tak kan laku bila dijual sebab aku ni hodoh, lembab pula tu kedudukan jangan cakaplah golongan papa kadana tak hiranlah kalau aku tak kahwin kan…”kataku memulangkan paku buah keras.

“Diah berdendam dengan Fikiri ke?”tanya Fikri buat aku terdiam. Kalaulah aku pendendam aku tak pergi menzairahi Nenek meninggal dunia. Malah aku cari dia nak tengok wajah dia dan aku gembira melihatnya, tapi kenapa dia tuduh aku berdendam pula, oh!! mungkin dia terasa perbuatannya dulu dah melampau dan tak boleh dimaafkan lagi, alangkah baiknya kalau aku begitu sebab aku akan rasa puas dapat membalas segala perbuatannya. Tapi aku tak begitu… aku tak pendendam aku dah lupakan segalanya. Walaupun kadang-kadang kenangan itu datang mengamit kembali dan aku akan rasa terluka.

“Siapa bagi tahu yang aku dah berkelurga ni?”tanya Fikri lagi

“Nenek Ca takkan Nenek berbohong… Fikri Nenek selalu cakap yang dia kecewa dengan anak-anak dan cucunya sebab kamu semua dah lupakan dia, kadang-kadang dia menangis, pernah dia merungut dia kata dulu Nenek jaga mereka dengan baik dah berkerjayaan kita yang buruk ini dilupakan, lagi kasian kalau Hari Raya masa tu air matanya tak henti-henti mengalir, dia merasa kecewa orang yang ditunggu-tunggu tak datang hanya mengirimkan duit, hancur luluh hati Nenek Ca, dia buat rendang ketupat dan macam-macam lagi dengan harapan kamu semua balik tapi harapan tinggal harapan dia kecewa , kenapa Fikri? kenapa tak sayang Nenek”kataku mengelurkan segala yang terpendam, biar dia tahu yang aku marah dengan sikap mereka anak beranak yang tak pedulikan Nenek.

“Fikri tak tahu Diah, Fikri diluar Negeri, kerja disana, Fikri baru saja balik kebetulan pula Nenek sakit, Fikri segera balik kampung, Nenek bagi tahu aku segala-galanya, Fikiri marah betul dengan keluarga Fikri tapi nak buat macam mana hidup mereka dah macam tu sibuk 24 jam, kalau Fikri tahu mereka tak jaga Nenek Fikri takkan kerja di Luar Negeri, Nenek gembira Fikri dah balik, Fikri dah janji dengan Nenek tak nak tinggalkan Nenek lagi tapi apa nak buat Nenek pergi juga tanpa sempat jumpa anak-anaknya, Diah Fikri nak jumpa Diah, penting sangat Fikri nak jumpa Diah, Fikri nak bayar hutang dengan Diah”kata Fikri membuat aku terdiam, kenapa dia nak jumpa aku, bila masa dia berhutang dengaku, pelik betullah dia ni hati mula rasa tertanya-tanya ada apa sebenarnya. Aku akhirnya memberi kata persetujuan nak jumpa dia..

Aku rasa malas nak jumpa dia. Sebab itu aku sengaja lambat datang. Biar dia menunggu. Sudah setengan jam baru ku datang. Kalau benar dia perlu jumpa aku pasti dia akan terus menunggu. Fikri tengah resah menungguku tapi bila dia dah tengok aku datang, wajahnya berubah jadi ceria. Peliklah tengok dia seperti menunggu kekasih pula. Fikri mendekatiku lalu menghulurkan tangannya. Buat aku keliru. Kenapa dengan dia ni. Bila aku masih tak mahu menyambut huluran tangannya, tanpa segan dia mengambil tanganku dan digengamnya begitu lama lalu diciumnya berkali-kali. Lantas ku tarik tanganku dia macam orang kena sampuk. Matanya berkaca seperti orang nak menangis. Orang ego macam dia mana mudah membuang air mata kata ku dalam hati. Aku segera mengambil tempat.

“Diah tolong jangan berdendam dengan Fikri, Fikri sedar yang Fikri ni seorang yang sombong Fikri dah banyak sakiti hati Diah, Fikri minta maaf Diah, sudi ke Diah memaafkan Fikri, memang perbuatan Fikri terhadap Diah dulu amat keterlaluan, Fikri sebenarnya tak berniat begitu, tapi kerana ego Fikri tak mahu mengaku yang Fikri sebenarnya sayangkan Diah, bila Mak maki hamun dan hina Diah hati ini turut terluka Diah, Fikri amat marah tapi Fikri tak daya nak menyebelahi Diah”katanya sambil merenungku, aku seperti terpukau macam tak percaya.

“Fikri… kan Diah dah cakap Diah dah lama lupakan semuanya dengan sendirinya Diah dah maafkan Fikri, dah Diah harap segala-galanya dah berakhir, Diah nak pergi sekarang banyak kerja yang harus Diah buat, Fikri baliklah jaga keluarga Fikri dengan baik, Diah dah maafkan Fikri ok… ”kataku rasa sebal dengannya, dia memandangku dan air matanya mengalir tiba-tiba. Aku jadi resah melihat dia mengalirkan air mata, salah ke apa yang aku katakana tadi, kenapa dia menangis. Ya tuhan aku tak sengaja nak sakitkan hatinya. Tapi … apa yang aku harus buat ni. Dia tundukan kepala lalu menangis. Sedih benar dia. Kenapa dia terasa hati, jahat sangat ke mulut ini, aku turut terharu entah kenapa air mataku juga mengalir, Ah!! kenapalah mulut aku ni jahat sangat maafkan aku Fikri aku tak sengaja, janganlah menangis… kataku dalam hati aku nak luahkan perkataan itu tapi hanya tersekat dikerongkongku. Tanpa ku sedar aku telah menyentuh bahunya. Aku ingin menenangkannya. Fikri memandangku lagi.

“Nenek Ca…” hanya itu saja yang mampu diucapkannya. Lega hatiku bukan pasal aku dia menangis tapi Nenak Ca. Aku terus menepuk bahunya.

“Fikri… dahlah tu… sekurang-kurangnya kau beruntung Fikri dapat jaga dia sebelum ajalnya, Fikri sempat mengembirakanya itu pun sudah cukup untuk Nenek taklah selama hidupnya dia merana masih ada juga sayangi dia… Fikrikan cucu kesayangnnya, apapun kesalahan Fikri Nenek tak akan simapan dihati percayalah cakap Diah…”pujukku dia merenungku dengan air mata yang masih mengalir, aku tiba-tiba membersihkan air matanya sambil tersenyum. Dia memandangku tak berkelip macam ada nak disampaikannya.

“Diah… Mak bohongi Nenek, dia kata Fikri dah kahwin diluar Negeri dan dah punya anak satu, Mak bohong Diah… dia buat begitu kerana tak mahu Nenek jodohkan Fikri denagan Diah… Fikri belum kahwin lagi dan Fikri tak boleh kahwin dengan siapa pun kecuali dengan Diah, kata Nenek Fikri banyak berhutang budi dengan Diah, tugas Fikri jaga Nenek Diah ambil alih, Diah yang banyak hiburkan hati Nenek, terima kasih sayang, terima kasih banyak-banyak”katanya membuat aku tak tentu arah, kahwin dengannya, layak ke aku, aku jadi gelisah tak tahu apa yang harus aku buat, Nafasku terasa singkat apa lagi melihat anak matanya yang tajam rasa sakit didadaku. Inginku lari daripada pandangannya. Dia mengengam tanganku aku jadi tenang apa lagi melihat senyumannya yang manis dan aku turut tersenyum.

“Sudi ke Diah kahwin dengan Fikri, ini harapan Nenek Diah”katanya meminta persetujuanku. Aku tak tahu nak menjawab.

“Tapi itu mustahil Fikri, kan Fikri bencikan Diah, mana mungkin Fikri sayang Diah, jangan mengundang masalah besar dalam hidupmu Fikri, fikirlah masa depanmu, sekarang ni bukan harapan Nenek yang kita harus fikirkan, tapi hidup kita, kita yang akan hidup, bagaimana nak bahagia kalau kahwin semata-mata nak tunaikan impian orang yang dah tak ada, Nenekpun tak suruh kita hidup menderita, sia-sia semua tu Fikri elok kau ambil wanita yang kau kasihi dan kau cintai kau pun akan bahagia ya tak?”kataku selamba dan dia terdiam seperti orang nak marah tapi tak juga bersuara. Apa yang dia fikirkan agaknya.

“Diah… Diah bencikan Fikri ke?”tanya Fikri buat aku terkejut, kenapa pula aku nak bencikan dia. Tak habis-habis nak menyangka yang bukan- bukan. Jahat sangat kah aku ni. Kata hatiku dengan geram.

“Bencikan Fikri… macam mana Fikri boleh terfikir yang Diah ni bencikan Fikri, kalau Diah benci tak mungkin Diah berada disini dan Diah tak akan mahu bercakap dengan Fikri, apa jahat sangat ke Diah ni…”kataku dan dia hanya Diam sambil tersenyum. Aku pula jadi sakit hati lalu minta diri untuk balik.

“Sayang… boleh hantar Fikri balik?”tanyanya membuat langkahku terhenti, dia senyum kali ini lebih lebar macam ada perkara yang mengembirakannya. Dia jentik hidungku buat aku marah tak suka dia buat begitu. Aku beri isyarat supaya dia ikut aku.

“Nama saja orang kaya keretapun tak ada…”bebelku sambil melangkah seiringnnya dengan dia menuju parking.

“Mulut kalau tak membebel boleh ke… nak hantar buah hatipun malas…”guraunya dan aku menjeling marah dengannya dia malah ketawa.

“Sayang kalau marah cantik”guraunya lagi aku buat tak tahu saja. Saja nak ambil hatiku tu, jangan harap aku nak senyum.

“Jangan nak mengarutlah…”rungutku dan dia ketawa lagi.

Sampai di rumahnya dia terus turun sebelum itu dia meminta aku mengambilnya esok Jam sembilan sebab dia nak tamuduga. Aku setuju saja bukan berat sangat pun.

Aku pergi kerja seperti biasa. Bila Bos call nak adakan mesyuarat tergempar akulah yang paling sibuk buat persiapan untuk mesyuarat. Sampai aku terlupa janjiku dengan Fikri. Ya Allah kenapa aku mesti lupa, tentu dia marah aku. Sudah jam sebelas pasti dia kalang kabut tadi. Aku terus menghubunginya. Aku harus siap menghadapi apapun bakal keluar daripada mulutnya memang salah aku.

“Fikri…”kataku perlahan rasa bersalah. Pasti dia akan marah. Alah bukan aku sengaja.

“Kenapa baru sekarang nak call, kau tahu tak aku hampri-hampir gagal menghadiri tamuduga, kenapa mengaku kalau tak sanggup, menyusahkan orang aje…kalau teksi tak ada tadi dah pasti aku terlepas peluang… kau nak aku menganggur seumur hidup… nanti aku nak bagi makan apa dengan keluargaku batu… kayu…”marahnya membuat hatiku terluka. Marah betul dia. Laju saja dia mengutukku macam masingan namun ku telan juga semua kemarahannya.

“Fikri… sorry aku terlupa, tadi ada mesyuarat tergempar sampai aku terlupa… aku tak sengaja maafkan aku Fikri”kataku beralasan.

“Jadi apa yang kau ingat… aku hampri-hampir terlepas peluang tadi, kau nak aku menganggur seumur hidup, jadi apa yang nak ku bagi makan dengan keluargaku, kau sukakan aku tak kerja… dahlah menyakitkan hati aje” marah benar Fikri, dia terus tutup handfonnya buat aku terkejut. Biarlah aku bukan apa-apanya juga, tapi kenapa hatiku resah gelisah pula, kenapa dengan perasaanku ini, kenapa aku fikirkan dia, Ya Tuhan jangan biarkan aku sukakan dia, aku tak mahu jatuh cinta kepadanya, dia pernah sakitkan aku. Aku cuba menyibukan diriku untuk melupakannya tapi tak dapat ternyata aku memang sayangkan dia dan lebih dasyat aku amat mencintainya. Itulah yang benar dan aku tak boleh membohongi kata hatiku lagi.

Pulang ke rumah aku terus berehat. Aku malas nak masak hanya makan biskut sahaja. Aku terus berlabuh di katilku, kerana letih aku terus beradu. Aku dikejutkan dengan bunyi SMS. Aku terkejut bila Fikiri yang hantar SMS tersebut.

“Maaf sayang… tadi terlanjur memarahimu, Fikri tak sengaja, sebenarnya Fikri takut tak dapat kerja tersebut”kata SMS Fikri

“Kau memarahiku seolah-olah aku ni kulimu, tak bersivik langsung”aku terus sand kepada Fikri.

“Ha… Ha… Ha… tak marah lagi ke?”belum sempat ku jawab handfon ku berbunyi.

“Hello…”kataku

“Diah… Jom keluar, aku dah di depan pintu rumah Diah”katanya buat aku terkejut.

“Apa…? Macam mana tahu rumah Diah ni”tanya ku sebab aku tak pernah bagi tahu dia alamat rumahku.

“Ucu yang bagi tahu… bukalah pintu ini…”katanya aku terus memabuka pintu. Dia tersenyum manis. Ku suruh dia masuk. Aku serba salah nak buat macam mana.

“Diah belum mandi lagi, tapi… nak keluar kemana Fikri, Diah sebenarnya letih nak rehat, malas nak keluar”kataku beralasan dia hanya diam lalu duduk di sofa.

“Fikri kau ni kenapa...?” tanyaku buat dia tersenyum lebar.

“Pergilah mandi dulu baulah..”guraunya buat aku malu lalu terus masuk bilikku. Bila aku dah siap aku terus membuka pintu bilikku. Aku terbau sesuatu. Dia tak ada diruang tamu rupanya dia berada di dapur tengah masak. Apa yang dia masak tu.

“Fikri masak Mee Goreng Udang, kata malas keluarkan ini yang Fikri masak, mari sini sayang cuba rasa sedap ke tidak…”katanya lalu aku terus merasa.

“Sedap pandai Fikri masak”pujiku membuat dia tersenyum. Aku segera membuat air. Kami makan sambil berbual panjang. Selesai saja makan dia terus ke ruang tamu lalu menuntun tv sambil melihat albumku. Aku terus berkemas hinggalah selasai.

“Fikri nak minum lagi ke?”tanyaku kepada Fikri yang sedang kusyuk melihat album.

“Taklah sayang… dah kenyang”jawabnya tak peduli aku yang duduk disisinya. Dua tiga keping gambarku dibuka dan diasingkan membuat aku rasa pelik dengan perbuatannya.

“Apa yang Fikri buat ni, tu kan gambar Diah, Fikri nak buat apa?”tanyaku dia malah tersenyum lantas memandangku tepat menikam dijantungku. Buat aku resah.

“Fikri minta gambar-gambar sayang ni ya…”katanya buat aku mengerutkan wajahku. Dia nak buat apa, takkanlah dia nak simpan gambarku aku ni bukan kekasihnya kata hatiku.Tapi kenapa dia bahasakan aku sayang, Dah gila agaknya dia ni.

“Gambar hodoh macam tu Fikri nak… Fikri nak buat apa sebenarnya”tanyaku lagi. Dia merenung gambar-gambarku sambil tersenyum.

“Entahlah… Fikri ingin memilikinya bolehkan, sayang… sejak akhir-akhir ini Fikri macam orang tak betul, Fikri dah terkena agaknya, jauh-jauh Fikri pergi dengan harapan dapat lupakan dia tapi tak boleh, tak ada perempuan yang boleh membuat Fikri lupakan dia, ramai wanita yang Fikri dah pikat masih tak berjaya juga lupakan dia, sebab itu Fikri nekad balik nak ambil dia”terangnya membuat hatiku terluka. Rupanya dah ada wanita yang dikasihnya. Siapa agaknya dia yang disebutnya itu. Aku benar-benar cemburu dibuatnya, siapa ke wanita yang bertuah itu tentu cantik orangnya.

“Itu tandanya Fikri mencintainya, tentu cantik orangkan”pujiku dan dia tersenyum masih juga merenung gambarku. Apa kena dia ni dah ada kekasih hati masih nak merenung gambarku peliklah dia ni macam orang sakit jiwa pula marahku dalam hati.

“Kali pertama Fikri jumpa dia setelah bertahun-tahun tak jumpa, jantung ini berdebar-debar, timbullah rasa cinta rasa rindu, benarlah Fikri amat menyayanginya, Fikri tak sedar hati Fikri ada padanya cuma Fikri selama ini terlalu ego sampaikan kasih sayang Fikri kepadanya tak mampu Fikri ucapkan hanya terdendam dihati ini begitu lama”katanya dengan penuh perasaan lalu memandangku. Aku mengeluh rasa kecewa. Apa nak buat dia dah ada kekasih hati. Aku kena terima hakikat ini. Kesedihan ku cuba ku sembunyikan. Dia masih memuji muji kekasihnya dan aku jadi pendengar yang setia walaupun hatiku hancur luluh kerannya.

“Sayang boleh ke?”tanya Fikri buat aku bingung.

“Boleh apa?”tanyaku pula, apa dia nak buat, dia ni betul ke tidak. Dia mula mendekatiku.

“Boleh Fikri memiliki hatimu dan menjadikan sayang kekasih ku”katanya buat aku terkejut, dia tersenyum lalu mengulis wajahku.

“Fikri kenapa ni, nanti buah hati kau tahu kan mengundang masalah lagi, jangan Fikri” Fikri malah ketawa.

“Sayang tak faham-faham lagi, orang yang Fikri maksudkan sayanglah”rasa nak pengsan mendengar pengakuannya. Benar-benar buat aku terkejut dan tanpa ku sedar aku dah berada dalam pelukannya aku menangis semahuku dan ku lepaskan segala-galanya yang menyeksa jiwaku, dia malah ketawa lalu memujuku, setelah ku tenang baru ku tersedar dan aku jadi malu. Fikri membersihkan air mataku.

“Jangan tinggalkan Diah lagi… Diah dah tak sanggup berpisah lagi dengan sayang… Diah amat mencintai mu sayang…”bisikku kepadanya, dia tersenyum lalu membelai wajahku.

“Sayang kita kahwin ya… Ucu dah tahu, tinggal tunggu kata setuju daripada sayang saja”katanya dan aku tersenyum lalu mengangguk tanda setuju.

“Sayang dah jam 10 bila nak balik, takkan nak tidur sini pula… Diah letihlah…”kataku dia ketawa dan terus bangun. Aku menghantarnya sampai kepintu sebelum dia pergi dia mencium kedua belah pipiku membuat aku rasa bahagia.

Aku amat bahagia bila Fikri dah jadi kekasih hatiku. Hampir setiap hari kami berjumpa. Memang seronok bila berkasih seperti dunia ini aku yang punya. Namun sebahagia manapun kalau tak direstui oleh orang tua rasa terkilan juga. Aku tak tahu kenapa ibu Fikri tak sukakan aku. Ada ke kerana aku orang Kampung atau kerana aku tak berpelajaran tinggi. Sukarku nak memahami hati ibu Fikri.

“Sayang … Mak masih juga tak merestui hubungan kita…”katanya dengan wajah sedih

“Terpulanglah kepada Abang…nak lepaskan Diah boleh tapi beri Diah masa, jangan ragut kasih Diah begitu cepat…”kataku dan dia terkejut.

“Sayang… kenapa cakap begitu… Abang dah tak larat berpisah dengan sayang… cukuplah yang sudah-sudah kerana ego Abang terseksa sendiri… hanya mati memisahkan kita yang”katanya buat aku mengalirkan air mata. Beratnya dugaan percintaan kami.

Semua adik beradikku rasa gembira bila aku nak berkahwin. Masing-masing nak keluarkan belanja tapi Ucu dah tanggung semuanya. Duit hantaran langsung tak diguna Ucu katanya dah niat dia nak besarkan hari perkhawainku. Fikri rasa sedih seorangpun keluarganya tak datang dihari pernikahan kami. Setelah selasai baru Ayah Fikri datang. Dia minta maaf sebab keretanya rosak dijalan. Hanya Ayah yang merestui perkahwina kami itupun sudah memadai.

Aku rasa bahagia hidup disamping suamiku. Walaupun aku masih tak diterima oleh ibu mertuaku. Macam macam hal yang Ibu dah buat untuk memisahkan kami namun jodoh kami masih panjang. Dan aku tak tahu sampai bila perkahwinan kami nak bertahan kalau asyik ada gangguan daripada Ibu. Usahaku nak berbaik dengan ibu sia-sia sahaja. Sekarang dah ada Mohd.Airil dan Siti Nor Anisha pun masih juga aku tak diterima. Kedua cucunya itu tak pernah disentuh oleh Nenek mereka. Aku tak tahu kenapa. Suamiku masih juga dipujuk untuk melepaskan aku namun cinta Fikri masih segar dan dia masih mempertahankan aku isterinya. Aku takut sampai bila dia boleh bertahan, apakah aku akan kehilangannya. Aku sedar ibu mertuaku akan terus berusaha memisahkan kami. Namun aku yakin Fikri tidak akan luntur untuk terus mencintaiku. Sebab itu aku rela kehilangan pekerjaanku daripada aku kehilangan dia. Suamiku dalam diam-diam telah menandatangani konterik untuk kerja di luar Negeri. Sebagai usahnya menghalang Ibu daripada terus mencari jalan untuk memaisahkan kami.

“Biarlah kita hidup di Negeri Orang asalkan kita hidup aman sayang… Abang dah tak sanggup menghadapi segala perbuatan ibu dah puas Abang pujuk tapi masih juga nak kita berpisah…”kata suamiku dia dah berputus asa. Aku tahu dia sedih.

“Abang… kasian anak-anak kita Bang… tak kenal siapa Nenek mereka… kalau Abang dulu amat dikasih oleh Nenek, tapi anak-anak kita tak berpeluang menerima kasih sayang Nenek mereka”kataku buat suamiku mengeluh.

“Dahlah yang… jangan buat Abang sedih… kita berdoa agar ibu berubah ya..”kata suamiku lembut dan aku tersenyum. Airil tidur dipangkuan Ayahnya dan Siti pula sedang bermain dengan Paragawan yang suka melayannya.

Kini aku dan keluargaku hidup aman bahagia di Negeri yang asing buat kami. Aku tak tahu sampai bila aku dan keluargaku akan hidup disini. Hanya tuhan yang lebih mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan