Jumaat, 5 Jun 2009

BILA JANJI DIMUNGKIRI OLEH :MAK NGAH WESTON


Awang berjalan hilir mudik sambil mengaru kepalanya yang tak gatal. Wajahnya kelihatan kusut. Dia seperti orang kebingungan. Wajah Bakar pula muncul dalam benaknya membuat dia berpeluh-peluh seperti orang ketakutan. Janjinya kepada Bakar membuat Awang tersepit. Awang tak pernah terniat untuk memungkiri janji dengan sahabat karibnya itu. Tapi tindakan ibunya membuat Awang rasa bersalah. Janjinya kepada Bakar jadi musnah apabila ibunya bertindak tanpa pengetahuan Awang.

Kegelisahan Awang dapat dirasakan oleh Amy gadis tomboy juga kawan rapat Awang. Amy ketawa melihat keadaan Awang. Dia sedar Awang mempunyai sifat setia kawan. Ketawa Amy terhenti bila Awang memandangnya dengan tajam.

“Apalah penakut sangat kau ni Wang… dengan Bakar yang kerimping itupun kau takut ke? janganlah kau nak tipu aku Wang… aku tahu kau memang mengharap perkara ini berlakukan… jangan fikir aku tak tahu apa yang ada dalam hati kau tu”kata Amy sambil menyelak majalah Ujang milik Awang. Amy ketawa seketika bila melihat kelucuan yang dilakarkan dalam majalah tersebut, Awang menarik majalah tersebut lalu dilimparkan di atas meja. Amy hanya senyum dia dah masak dengan perangai Awang.

“Relexlah Wang… yang kau gelabah sangat ni apasal… kau terus teranglah dengan dia bukan kau yang buat semua kerja tu, semua itu ibu kau yang buat tanpa pengetahuanmu kan senang, Amy yakin Bakar akan faham dan akan menerima hakikat itu dengan hati yang terbuka…”kata Amy panjang lebar, Awang masih gelisah dia benar-benar rasa bersalah.

“Kau senanglah cakap… semua ini aku yang tanggung tau… dibuatnya Bakar tu mengamuk kan nyanya aku…”kata Awang

“Ala!!! yang kau baik sangat dengan Bakar tu kenapa, dia belum tahu baik dengan kau tengoklah masa dia berangkat ke Amerika dulu dia tak jemput kau datang kemajlis kendurinya dah tu dia tinggalkan beban untuk kau, sepanjang dia disana satu suratpun dia tak kirim untuk kau, jangan-janagn dia dah kahwin dengan gadis mat salleh kat sana, dia tupun bukan boleh diharap sangat”kata Amy selamba membuat Awang menolak kepala Amy dengan jari telujuknya, Awang tak setuju dengan kata-kata Amy.

“Suka hati dia aje bercakap nak kena cili apa… Bakar tetap kawan akulah kau jangan nak kutuk dia pula”kata Awang dengan nada yang marah membuat Amy ketawa. Kemarahan Awang tak kemana.

“Ya ke kawan? Mari sini aku bagi tahu kau… kawan kau yang sebenarnya adalah aku tau… kau lupa ke susah payah kau , aku juga yang kau cari, kau tak pernahpun cari dia… minta bantuan dia, walaupun dia anak orang kaya, sepatutnya kau minta bantuan dia bukan dengan aku ni, yang sama juga dengan kau…”Awang mengerdipkan matanya. Dia membenarkan kata-kata Amy, memang Amylah kawan sejatinya. Amy tak pernah membiarkan dia dalam kesusahan. Kalau dia ada masalah pasti dia akan cari Amy. Tempat Amylah dia mengadu segala masalahnya. Dan Amy tidak pernah mengatakan tidak. Apapun cara dia akan usahakan untuk menolong Awang. Awang menghempaskan dirinya dibangku panjang yang diperbuat daripada kayu jati. Ayah Amy tiba-tiba muncul didepan pintu, baru balik daripada kebun.

“Awang… kenapa lagi ni masing-masing berwajah muncung, gaduh lagi ke?tanya Ayah Amy

“Tak adalah Pakcik… kami tengah bincang sesuatu…”Awang berbohong membuat Amy tersenyum.

“Ya Ayah… kami membincangkan hal kemasyarakatan di Kampung ni, kami nak cari jalan nak mengumpulkan belia-belia yang bermasalah untuk dihantar ke pusat peliharan binantang liar”kata Amy cuba memainkan Ayahnya.

“Ya… bila tu, ketua kampung dah tahu ke?”kata Ayahnya selamba membuat Amy ketawa dan Awang juga turut ketawa. Ayahnya mengilingkan kepala bila sedar anak kesayangannya cuba mempermainkannya.

“Tak sudah-sudah mainkan Ayah… ingatkan betul tadi…” Ayahnya terus masuk kebiliknya. Amy masih ketawa. Awang hanya tersenyum Amy memang selalu begitu suka mainkan orang tuanya yang lurus bendul.

“Kau ni kan suka sangat mainkan orang tua kau tu… berdosa tau…”kata Awang lalu memukul bahu Amy. Awang berdiam seketika tiba-tiba dia teringatkan Niza. Gadis yang tercantik di Kampung ini yang sentiasa jadi rebutan pemuda termasuklah Bakar. Awang macam tak percaya bila Niza setuju dengan permintaan ibunya. Setahunya dia bukalah pemuda kacak yang jadi kegilaan gadis-gadis di Kampung ini. Tidak seperti Bakar dia memiliki segalanya. Masa Bakar nak berangkat ke Amerika pun masih ada gadis yang menulis surat untuknya. Awang jadi pelik dengan perubahan Niza yang dulunya seorang pemilih.

“Ingat Wang kau kena janji, ketiadaan aku ni jagakan Niza untuk aku dan sesiapa yang cuba nak pikat Niza bagi tahu, yang Niza Bakar punya faham tu… siapa yang berani rebut Niza saya takkan lepaskan dia ingat tu…kau tahukan siapa Bakar”Awang melompong dengan kata ugutan Bakar suatu ketika sebelum dia berangkat ke luar negeri. Bakar seorang yang panas baran tiada siapa yang berani menentang dia termasuklah Awang. Sikap Bakar yang garang menyebabkan Awang selalu jadi kulinya. Apa saja di arah semua diikut. Kadang-kadang Amy naik berang bila Awang diperlakukan seperti hamba. Pernah sekali Amy bertengkar dengan Bakar kerana sikapnya suka memerintah. Pertengkaran itu sampai ketua kampung terpaksa turut capur. Sampai sekarang Bakar berdendam dengan Amy.

“Mak… tolonglah putuskan pertunangan ini…”kata Awang memujuk

“Kau dah gila Awang… mana Mak nak letak muka ni, kau jangan nak malukan Mak Awang… hanya tinggal berapa bulan saja lagi kamu akan kahwin…”kata ibunya membuat Awang semakin gelisah.

“Habislah aku kali ini… tentu Bakar bunuh aku… lagi seminggu dia akan balik, apa yang aku harus buat ni Mak…”kata Awang dengan wajah gelisah.

“Apa yang kau cakap ni Awang… Mak tak fahamlah, kenapa dengan Bakar, apa kena mengena Bakar dengan hal kau ni…”tanya ibu Awang. Awang tak menjawab malah ditinggalkan ibunya dengan tanda tanya.

Awang melihat Amy sedang duduk ditepi sungai sambil termenung jauh. Awang memanggilnya berkali-kali tapi tidak didengar oleh Amy, ternyata Amy tak menyedari kedatangan Awang. Awang terkejut bila Amy sedang menangis. Awang terus duduk disisi Amy membuat Amy terkejut. Bila menyedari Awang yang datang cepat-cepat Amy membersihkan air matanya.

“Kenapa ni… kenapa kau menangis Amy…”kata Awang dengan sayu, Amy pura-pura ketawa.

“Tak ada apa-apalah… mata Amy kena habuk tadi, kau daripada mana ni?”tanya Amy pula. Awang sedar Amy cuba membohonginya.

“Awang ke rumah mu tadi… tapi kata Makcik kau keluar, terus Awang kesini…inikan tempat kau melayan perasanmu”gurau Awang membuat Amy ketawa. Awang memerhatikan keadaan Amy sejak akhir-akhir ini dia sering nampak Amy menyendiri macam ada masalah yang dipendamkannya. Awang cuba juga menyelami apa sebenarnya yang terkandung dalam jiwa raga gadis tomboy ini sampai keceriannya kelihatan pudar, tapi Amy pandai menyembunyikan segalanya membuat Awang sakit hati sebab Amy tak pernah mahu terbuka dengannya.

“Amy… kenapa kau begini… selalu saja menutup kelemahanmu… terus teranglah Amy… ingat tu Amy tak sendirian tau Awang kan ada, terbukalah dengan Awang…katakanlah Amy apa masalah mu sampai kau menangis tadi”Amy hanya tersenyum lalu membaling batu kedalam sungai. Awang tetap menunggu.

“Tak ada apa-apa… Amy cuma berfikir kalau dah Awang kahwin dengan Niza nanti tak adalah kawan Amy lagi… Amy akan sendirian, jadi Amy ingat nak cari kerjalah kat Bandar tinggal dengan Kakak Amy di sana”kata Amy dengan nada yang sayu. Pedih hati Awang bila mendengar Amy akan pergi ke Bandar. Dia tak sanggup berpisah dengan Amy… Amy adalah segala-galanya untuk Awang. Awang tak tahu macam mana nak hidup tanpa Amy. Tiba-tiba kelopak mata Awang digangangi air membuat Amy menepuk bahu Awang. Amy jadi ketawa. Dalam keadaan beginipun Amy masih juga mampu ketawa. Padahal hatinya menangis bila nak berpisah dengan Awang.

“Apa sedih ni… patutnya Awang gembira dapat Niza yang cantik tu, dari dulu kan Awang sukakan Niza dan tak lama lagi dia akan jadi milik Awang tahniah Wang… jagalah buah hatimu tu dengan baik ya…jangan biarkan dia bersedih tau… soal Bakar tu janganlah kau pedulikan biarkan dia”Amy terus bangun nak balik rumah.

“Awang… mulai hari ini kau jangan jumpa aku lagi ya… Niza dah beri aku amaran supaya menjauhkan diri daripada kau, kau jangan marah dia pula, dia berhak buat begitu sebab kau tukan tunangnya, dia cemburu, itu tandanya dia sayangkan kau Wang… kita tetap sahabat sampai bila-bila tapi kita dah tak boleh macam dulu lagi… selamat tinggal Awang, jaga diri baik-baik ya sayang, Amy akan sentiasa mendoakan kebahagianmu…”kata Amy dengan nada sedih dan dengan linangan air mata dia meninggalkan Awang. Awang jadi tak menantu. Dia jadi marah dengan Niza. Niza tak berhak menghalang hubungan baik antara dia dengan Amy. Tiba-tiba Awang menjerit nama Amy sekuat hatinya dia takut kehilangan Amy. Awang bangun lalu balik kerumah untuk menyuruh ibunya memutuskan pertunangan.

“Awang tak peduli Mak…, Mak mesti putuskan pertunangan ini, Awang tak mahu kehilangan bidadari Awang… kalau Mak tak mahu buat biar Awang saja pergi kerumah mereka”gertak Awang dengan wajah yang betul-betul marah.

“Kau dah tahu ke Awang…”tanya ibunya, membuat Awang hairan dengan pertanyaan ibunya itu. Awang jadi terdiam seketika ingin tahu apa yang terjadi.

“Tahu apa Mak…?”tanya Awang pula

“Mak baru balik daripada rumah Niza, Mak dahpun putuskan pertunangan kamu, Mak bersyukur bila Karim adik Niza bagi tahu Mak yang Niza dah mengandung tiga bulan dan lelaki tu tak mahu bertanggungjawab sebab itu bila Mak meminangnya dia terima, Karim tak mahu Awang jadi mangsa”belum habis Maknya bercerita Awang terus berlari keluar dengan wajah yang gembira, Awang nak kerumah Amy nak bagi tahu yang dia dah putus tunang.

“Makcik Amy mana…?”tanya Awang

“Dia tengah bersiap tu katanya nak pergi rumah kakaknya, petang ni dia akan bertolak ikut Bariam”terang Mak Amy, Ayah Amy langsung tak ditegur sebab dia tengah membaca kitab.

“Boleh Awang jumpa dia Makcik…”tanya Awang

“Pergilah…diapun tengah bersedih tu…tak tahu pula apa yang disedihkannya, bila ditanya katanya tak ada apa-apa, Makcikpun pening kepala dibuatnya” rungut Mak Amy.

Awang pelahan-lahan mendekat Amy yang sedang termenung di atas katil. Air mata Amy yang belinangan langsung tak dipedulikan oleh Amy dibiarkan saja mengalir membasihi pipinya. Kain baju masih belum dikemaskan. Amy terkejut bila tiba-tiba Awang duduk disisinya sambil tersenyum. Tambah terkejut bila Awang menganggam tangannya dengan kemas. Amy jadi sedih lalu menangis sepuas hatinya, wajahnya dipendamkan didada bidang Awang. Selepas itu mereka ketawa.

“Jangan pergi ya sayang… kalau sayang pergi Awang akan kesepian disini… lama-lama Awang akan mati tau”pujuk Awang sambil mengenyitkan matanya lalu melepaskan pelukannya.

“Tapi bagimana, nanti Niza marah Amy lagi, kita tak boleh jumpa lagi Awang”kata Amy sambil meletakan kepalanya dibahu Awang.

“Tidak…Mak dah putuskan pertunangan kami, rupanya Niza dah mengandung tiga bulan, mujur Awang terlepas kalau tak jadi mangsalah Awang”bisik Awang membuat Amy gembira.

“Tapi Awang nak kahwin juga, kali ini dengan bidadari Awang yang sentiasa ada disisi Awang yang tak pernah menyakitkan hati Awang sentiasa membantu Awang dan sanggup bersusah payah dengan Awang, Awang takkan lepaskan dia pergi… dia buah hati Awang tak ada siapa yang boleh memisahkan dia dengan Awang”kata Awang membuat Amy tersenyum lebar. Lidah Amy jadi kelu nak berkata-kata. Hanya mata saja yang berbicara.

“Kita kahwin ya Sayang…”bisik Awang membuat Amy tergelak besar sambil menganggukan kepalanya tanda setuju. Kasih sayang sudah tak dapat diungkapkan lagi, masing-masing sudah menyedari yang mereka adalah sepasang kekasih yang tak boleh dipisahkan.

Kepulangan Bakar dengan membawa seorang isteri dan seorang anak membuat Amy dan Awang berpadangan . Amy tersenyum ternyata apa yang dinyatakannya kepada Awang benar-benar terjadi. Awang menyepak kaki Amy membuat Amy ketawa dan akhirnya Awang turut ketawa. Ternyata Bakar sudah melupakan segalanya. Bakar tak peduli dengan tingkah Awang dan Amy sebab sibuk dengan anaknya yang menangis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan