Khamis, 4 Jun 2009

SEGARIS KASIH YANG TERCALAR OLEH: Mak Ngah Weston


“Lepas makan, Ena salin pakaian selepas tu jangan lupa sambahayang yang sayang… Ayah nak ke Pekan nak beli seluar sukan yang Ena nak tu…”

“Ayah tak payahlah, Ena dah suruh Mak Intan jahitkan seluar sukan Ena, dah baik pun Yah… nanti kalau dah tak boleh jahit lagi barulah Ayah belikan”

“Tak apa Ayah ada duit sikit bolehlah beli, lagipun Ayah nak simpan sikit duit ni untuk masa depan Ena juga, Ayah nak Ena masuk Universiti”

“Ayah tadi Ena jumpa Mak, dia kaya sekarang Ayah pakai kereta Wira tapi dia tak tegur Ena pun Ayah”

“Orang kaya memang begitu sayang, mudah lupa diri… mana nak pandang kita yang meskin ni…”

Ena terkejut bila bahunya ditepuk orang. Ingatannya kepada Ayahnya sewaktu dia kecil dulu tetiba hilang angkara Siti. Siti ketawa melihat Ena yang sejak tadi termenung jauh. Ena memang tak suka cara Siti yang suka mengejutkannya. Ena merasa sakit hati dengan Siti. Mahu rasanya dia memarahi Siti tapi dia tak pandai nak memarahi orang. Ena lebih suka diam. Hanya suka bicara didalam hati.

“Apa yang kau menungkan tadi tu Ena… jauh benar lamunan kau tadi”

“Ya… lepas tu kau datang dan lamunanku terhenti…”

“Ai…macam bunyi lagu aje…”

“Dahlah kau memang suka kejutkan aku, Hem… Siti… apa pendapat kau jika aku berhenti belajar aku nak kerjalah nak bantu Ayah”

“Berhenti?”Siti terkejut, Ena selamba saja.

“Kau dah gila Ena, cuma tinggal berapa bulan saja lagi… kau jangan buat hal Ena mengamuk Ayah kau nanti”

“Aku dah tak sanggup melihat Ayah kerja keras… aku risaukan penyakit darah tingginya tu”

“Aku tahu kau kasihankan Ayah kau tu, tapi cuma tinggal berapa bulan saja lagi alang-alang baik teruskan, sabarlah ya… apa kata Ena minta tolong dengan emak Ena, ala!! pinjam aje nanti Ena kerja Ena bayarlah…”

“Emak…? aku dah tak kenal siapa Mak aku Siti… yang aku tahu Ayah itulah Emak aku,”

“Ena… aku tahu kau berdendam dengan Mak kau tu, tapi kau jangan lupa dia yang melahirkan kau , semua itu harus kau ingat, buruk baik dia tetap Mak kau”

“Pada hakikatnya memeng dia yang melahirkan aku tapi sayang hatiku dah beku dan aku dah tak kenal siapa Mak aku, dia dah mati dalam ingatan aku, ku harap kau jangan sebut lagi tentang dia”

Ena terus bangun dan masuk kebiliknya. Ena masih tak lupa bagaimana dia ditampar oleh ibunya dulu kerana Ena bergaduh dengan anak tirinya. Masa tu Ena berusia 12 tahun satu kelas dengan anak tiri ibunya. Tanpa membelanya ibunnya pula sampai hati menamparnya, kesakitan yang dia alami tidaklah seberapa berbanding sakit dalam hatinya dan sampai kini terasa kesannya. Dan masa kejadian itu tangisan Ena susah nak diberhentikan. Hancur luluh perasaan Ena dengan sikap ibunya dan tak cukup dengan tamparan dipipi rambut Ena pula ditarik dengan kuat sambil menghina Ayahnya.

“Hey budak gila…. berani kau tolak anak aku ah… bodoh…, kau dan Ayah kau sama bodohnya… menyusahkan orang, Ayah kau tu dahlah bodoh… pemalas… meskin pula tu, tak sedar diri langsung…”penghinaan sukar untuk dilupakan. Apatah lagi bila kawan-kawan mengejiknya. Semua itu tak mudah untuk Ena lupakan walaupun sudah 10 tahun berlalu.

“Mak jahat… kau bukan Mak aku lagi… kau orang jahat… orang jahat…”

Peristwa itu masih segar dalam ingatannya dan setiap kali dia terkenang pasti Ena akan menangisi nasibnya. Sebab peristwa itu telah membuat Ena menerima tekanan yang hebat dulunya. Dia menangis siang dan malam sampaikan Ayahnya terpaksa meminta rawatan dengan Pak Kadir. Bila minum air jampi Pak Kadir menjadikan Ena tenang, tapi selepas itu Ena diserang demam pula selama dua minggu. Kasian Ayahnya jadi tak tentu arah keranannya.

Ena tak sanggup melihat Ayahnya kecewa oleh itu harsatnya untuk berhenti belajar dibatalkannya. Ena belajar dengan tekun dengan membawa semangat Ayahnya yang mahu dia terus berjaya. Dia langsung tak mahu menghubungi Ayahnya bukan kerana dia sibuk tapi dia tak mahu mendengar keluhan Ayahnya. Keluhan Ayahnya membuatkan dia jadi lemah dan rasa bersalah. Ayahnya kerja keras kerannya. Ena cuma mendoakan Ayahnya sihat. Sedang Ena sibuk mengulang kaji pelajarannya tiba-tiba Siti datang dengan tercengup-cengup.

“Ena… Mak kau kemalangan… dia nak jumpa kau…”

“Jumpa aku… ai kan dia ada anak yang kaya raya buat apa dia nak jumpa aku, anak yang bodoh dan meskin pula…”

“Abang sepupu kau datang… dia nak bawa kau ke Hospital… cepatlah …”

Ena menjumpai Abang sepupunya itu. Jamal memaksa Ena untuk ke Hospital tapi Ena merantap tangannya. Dia tak mahu pergi biar apapun terjadi.

“Ena tak ada Emak… Ena cuma ada Ayah…”

“Ena… Mak kau tenat sekarang… dia nak jumpa kau… Ena apa degil sangat ni…”

“Dia kan ada anak yang kaya raya buat apa nak jumpa Ena yang bodoh ni… Abang Jamal pergilah Ena tak mahu jumpa perempuan tu…”

“Astagafirullahalazim… dalam keadaan beginipun Ena nak berdendam dengan Mak Long… Ena Abang tahu Ena kecewa dengan Mak Long tapi dia dah insaf dia mengaku bersalah kerana mengabaikan Ena… maafkanlah dia Ena… marilah ikut Abang dik… kasian Mak long…”

“Abang Jamal tak erti bahasa ke Ena tak nak tak naklah… jangan nak paksa Ena pula…”Ena terus lari ke biliknya. Hatinya jadi hancur Ena menangis tak kerauan.

“Ena… Ena… jangan turutkan perasaan nanti kau juga yang menyesal”

Jamal terus juga memujuk Ena tapi tetap juga Ena berdegil tak mahu pergi, Jamal terus ke rumah Ayah Ena yang sedang mengopek kelapa. Jamal disabut dengan gembira. Sudah lama dia tak berjumpa Jamal.

“Pak Long, Jamal datang ni nak minta tolong dengan Pak Long agar Pak Long dapat pujuk Ena”

“Pujuk Ena kenapa pula… kau nak pinang dia ke?”

Pinang? tak adalah Pak Long… dengar Along mengamuk dia, begini… Mak Long sakit tenat sekarang dia nak jumpa Ena tapi Ena tak mahu, puas dah Jamal pujuk dia tapi tak nak juga”

“Mak Long kau sakit apa Mal…?”

“Mak Long terlibat dalam kemalangan Pak Long tulang belakangnya retak sekarang dia dah jadi lumpuh, Mak Long dah lama bercerai dengan suaminya yang sombong tu, Mak Long pindah rumah kami, masa dia nak kemakamah nak tuntut nafkahnya dia terlibat pula dengan kemalangan, mereka langsung tak melawat Mak Long”

“Kasian dia… tapi soal Ena Pak Long tak janji nak… sebab dia dah lama tertekan dengan sikap Maknya sendiri, esoklah Pakcik pujuk dia”

“Sekaranglah Pak Long… lepas tu Jamal hantar Pak Long balik…”

Mahu tak mahu terpaksalah Ayah Ena ikut Jamal. Sampai dipenginapan Ena, Siti rakan Ena pula kecoh cari Ena. Semalaman dia tak balik. Ayah Ena dan Jamal jadi kalang kabut sana sini mencari Ena.

“Pakcik mengikut kawan saya yang nampak Ena semalam dia nampak Ena dibawa keluar oleh seorang lelaki naik kereta Waja, setahu saya Ena tak ada kawan lelaki yang memakai kereta Waja… jangan-janagn Ena kena colik Pakcik… Ya Allah … Pakcik macam mana ni…”

“Sabar Siti Pakcik rasa tak ada apa-apa yang terjadi, kejap lagi dia baliklah tu… Jamal bawa Pak Long ke Hospital lepas tu kita akan cari lagi ya”

“Baiklah Pak Long, Siti kalau Ena balik telefon saya ya, ini kad saya”

“Baiklah… kalau awak jumpa dia suruh dia call saya, nak kena budak ni… ”

Sampai di Hospital rupanya Ena sudah ada dalam pelukan Emaknya. Di sampingnya pula Azmir Abang sulung Jamal. Ayah Ena hanya senyum melihat puterinya yang sedang bersedih. Ena berlari kedalam pelukan Ayahnya.

“Ayah… Mak sakit Ayah… Mak…”Ena menangis dalam pelukan Ayahnya.

“Ya… Ayah tahu sayang… doakanlah dia sembuh ya nak…”

“Abang Long… bila Abang sampai… rupanya Abang Long yang bawa lari Ena ni kecoh satu kampus cari dia…”

“Kau tu lembab sangat nak pujuk orang… Abang sampai semalam lagi tak jadi bercuti bila Mak call Mak Long sakit tenat…”

“Mak dan Ayah mana?”

“Mereka balik… sekarang kau balik rehat biar Abang temankan Ena disini…”

“Itu yang Jamal nak dengar tu… penat bang long dari semalam tak tidur mana lagi nak pujuk buah hati abang long tu susah… degil… abang tahukan Jamal bukan erti nak pujuk-pujuk orang… belasah orang bolehlah”

Azmir ketawa lalu mengait leher adiknya dan Jamal minta ampun minta lepaskan. Gurauan adik beradik itu menjadi tuntunan Nas yang ada disitu dan turut tersenyum. Ayah Ena juga senyum.

“Ayah… Mak nak cakap dengan Ayah…”

Ayah Ena terus mendekatkan telenganya kearah mulut bekas isterinya. Jamal minta diri untuk balik.

“Bang… Yam minta ampun sebab Yam banyak menyakitkan hati Abang dan anak kita… semua ini balasan tuhan kerana sikap Yam terhadap Abang dan Ena… Yam tamakkan harta sanggup tinggalkan Abang dan Ena kerana harta akibatnya ini yang Yam dapat, maafkan Yam Bang…”kata Mak Ena dengan suara yang berbisik sebab dia tak mempu lagi mengeluarkan suaranya.

“Yam… Abang dah lama maafkan Yam… semua ini bukan salah Yam segala-galanya takdir tuhan, Yam berhak memilih hidup yang baik dan Abang tak salahkan Yam juga tak simpan di hati… dahlah Yam rehat ya sayang… jangan banyak bercakap, Ena pun dah mula sayangkan Yam… harap Yam cepat sembuh ya…”

Ayah Ena membersihkan air mata bekas isterinya yang tiba-tiba mengalir. Ena senyum memandang Maknya.

Ena tak sangka Ayahnya akan berbaik dengan Maknya. Semua itu tak pernah Ena fikirkan jauh sekali mengharapkanya. Sebab sikap Maknya sebelum ini cukup menyakitkan hatinya. Ena yakin sekarang Maknya sudah berubah. Dan garis-garis luka yang ada dihati Ena semakin terpadam kerana kasih sayang Emaknya yang semakin menyerlah.

“Ayah… kenapa Ayah tak marah Mak… padahal Mak pernah menyakiti hati Ayah”

“Ena… Ayah tak nak marah dengan Mak apa lagi nak berdendam, semua itu hak dia untuk mendapatkan kemewahan, Ayah yang tak mampu nak bagi dia kesenangan hidup”

‘Kalau dah tahu Ayah tak mampu kenapa Mak kahwin dengan Ayah dulu”

“Ayah yang salah sebab memberi dia harapan, sudahnya Ayah tetap tak dapat memenuhi kehendaknya, dia dah biasa hidup senang, jadi memang patutlah dia tinggalkan Ayah”

“Tapi… Ena juga ditinggalan Ayah…”

“Ena… semuanya salah Ayah… jangan salahkan Mak ya nak”

“Ayah terlampau baik… Ena beruntung jadi anak Ayah yang sanggup berkerja keras untuk Ena… hem… Ayah masih sayangkan Mak ke?”tanya Ena sambil tersenyum manis.

“Cinta Ayah dengan Mak tak pernah berkurang biarpun Mak bencikan Ayah”

“Tapi sekarang Mak dah berubah, Mak tak benci Ayah lagi , boleh ke Ena bawa Mak balik Ayah”tanya Ena dengan satu harapan

“Kalau Mak sudi apa salahnya, lagipun Ena pun dah habis belajar bolehlah tanggung hidup Mak”kata Ayah mebuat aku gembira.

Sudah dua bulan berlalu Ena berulang alik ke Hospital. Ena gembira bilakeputusan orang tuanya untuk hidup bersama kembali. Ena tak sangka Ayahnya mahu menerima emaknya yang kini lumpuh.

“Tak sangka yang sayang Mak Long dan Pak Long akan bersama kembali” kata Azmir

“Itu namanya jodoh Bang…, Abang bila lagi?”tanya Ena pula

“Bila lagi apa?” soal Azmir kembali

“Kahwinlah…” kata Ena sambil menjeling

“Sekarang pun boleh… tergantung kepada yang bertanya dah sedia ke belum”Azmir ketawa sambil memandang Ena.

“Abang kalau nak tunggu Ena lama lagi Bang… Ena nak sambung belajar lagi sampai PHD sanggup ke abang tunggu”kata Ena sambil tersenyum cuba nak menduga hati Azmir.

“Ena… dalam soal cinta hingga hujung nyawa pun abang sanggup tunggu”terang Azmir membuat Ena ketawa. Ternyata Azmir seorang kekasih yang setia.

Ena tak tahu bagaimana dia jatuh hati dengan abang sepupunya ini. Mungkin kerana Azmir memuji-mujinya dan selalu mengambil berat tentang dirnya. Azmir jenis lelaki yang suka berterus terang sebab itu bila Azmir menyatakan harsat hatinya Ena terima dengan baik. Ayah Ena pun tak pernah menghalang hubungan mereka.

Pernikahan orang tua Ena kali kedua cukup membahgiakan Ena sampaikan air mata kegembirannya mengalir tanpa disedari. Azmir menghulurkan sapu tangannya.

“Sayang… lepas ini giliran kita pula ya….”Ena ketawa membuat semua yang hadir memandang Ena dan Ena jadi malu manakala Azmir pura-pura tak tahu tapi senyum memanjang kerana rasa gembira..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan